Friday, March 13, 2009

SEJARAH

Nama ini mengambil nama sempena nama seorang penghulu yang telah memulakan penempatan awal di daerah Kudat sebelum kedatangan Inggeris. Selaras dengan kehendak Penyata Razak yang menghendaki penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menyebabkan sekolah ini turut melaksanakan sepenuhnya DAsar penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar telah dimansuhkan kecuali dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Pertambahan pesat bilangan pelajar menyebabkan sekolah asal tidak dapat menampung keperluan bilangan pelajar yang semakin bertambah. Hal ini menyebabkan kerajaan telah membina sebuah kompleks yang baru untuk sekolah ini pada tahun 1979 di tapak yang ada sekarang. Pembinaan ini selesai pada tahun 1983 dan mula digunakan pada tahun 1984. Bangunan asal yang ditinggalkan terus menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan, Kudat sehingga sekarang.

Pada tahun 1984 pelajar tingatan 1,2,dan 3 telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Sebahagiannya telah dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim (SMK ABDUL RAHIM) yang baru dan sebahagiannya kekal di sekolah lama. Manakala semua pelajar tingkatan 4 dan 5 dipindahkan ke SMK Abdul RAhim yang baru. Pada 22 Mac 1985 sekolah ini sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu Y.B Datuk Abdullah Hj. Ahmad Badawi.

Pada tahun 1994 SMK Abdul Rahim telah membuka kelas Tingkatan 6. Pelaksanaan kelas tingkatan 6 ini telah membuka ruang yang luas kepada pelajar daerah Kudat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebelum ini pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 terpaksa ke SMK Kota Marudu, SMK Arshad atau ke SMK Mat Salleh , Ranau sekiranya mereka berhasrat untuk menyambung pelajaran.

Setelah hampir lima dekad sekolah ini masih berdiri megah dengan mencipta sejarahnya yang tersendiri. Kejayaan demi kejayaan telah diraih sehingga ke peringkat antara bangas. Antara kejayaan yang membanggakan ialah sekolah ini menjadi wakil negeri Sabah dalam pertandingan rekacipta SINDEX dan berjaya mendapat tempat ketiga. Ramai atlet yang berjaya dilahirkan dan ada yang telah mencipta nama ke peringkat antarabangsa. Selaras dengan ledakan teknologi maklumat sekolah ini turut memainkan peranan menyumbangkan kemahiran berkenaan kepada masyarakat setempat.

Pada tahun 2004 sekolah ini telah memperkenalakan mata pelajaran Teknogi maklumat, Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer. Subjek ini diharapkan dapat menyediakan kemahiran komputer agar pelajar dapat menembusi peluang kerjaya yang memerlukan kemahiran tersebut. Semoga segala peluang yang disediakan oleh sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat

No comments:

Post a Comment